Isnin, 26 Julai 2010 9:23 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEMBILAN
M a r h a b a:)))
PENTINGNYA MELESTARIKAN BUDAYA
Adat perkahwinan orang Tutong mengandungi banyak upacara yang dilakukan sebelum pernikahan, seperti adat berbedak, basuh kaki dan pusingan naga yang masih diamalkan oleh kebanyakan orang Tutong. Manakala adat perkahwinan orang Melayu Singapura amat ringkas dan mengandungi beberapa upacara yang menjimatkan kos. Rata-rata masyarakat Melayu Singapura mengamalkan upacara-upacara yang wajib dan berlandaskan agama Islam. Maka itu, adat merisik tidak lagi dipraktikkan kerana tidak begitu relevan pada konteks zaman sekarang kerana biasanya ramai orang Melayu Singapura mengenali dan memilih pasangan mereka sendiri untuk dijadikan suami atau isteri.
Walaupun hanya tinggal adat-adat yang relevan seperti adat bertunang, bernikah dan bersanding masyarakat Melayu harus terus kekalkan adat-adat ini kerana adat-adat ini unik dan mencorakkan kebudayaan serta identiti kita sebagai Melayu Singapura. Dengan mengamalkan budaya kita, kita tidak akan lupa akan asal usul kita. Perlulah ada usaha daripada setiap ahli masyarakat Melayu untuk melestarikan budaya Melayu kerana kita tidak mahu dikenali sebagai Melayu dalam kad pengenalan sahaja.
Selain itu, dengan mengamalkan budaya Melayu seperti adat-adat tertentu hubungan sesama insan Melayu akan menjadi lebih akrab sekali> ini disebabkan sambutana atau amalan baudaya Melayu, kita dapat bergotong-royong dan mengenali saudara-mara kita dengan lebih baik lagi. Saya harap adat sebegini tetap dilestarikan oleh masyarakat Melayu kita kerana tanpa ini semua, maka tidak berserilah perayaan yang kita sering sambut.
fasya-fasyae'