Bahasa dan bangsa
semestinya bersatu
dalam jiwa bangsa.
Bahasa dan bangsa
cintanya harus utuh
kasihnya harus teguh
sayangnya harus kukuh.
Sucinya cinta bahasa
murninya kasih bahasa
luhurnya sayang bahasa
seabadinya setia.
Bangsa sering curang
cintanya berkurang
kasihnya terlarang
sayangnya melayang.
Layu bahasa
kuyulah bangsa!
Musnah bahasa
punahlah bangsa!
Lesap bahasa
lenyaplah bangsa!
Gagah bahasa
dahsyatlah bangsa!
Gemilang bahasa
terbilanglah bangsa!
Ridzuan Kamis
Sanggar Kayangan, Perlis.
cintai
bahasa
melayu
pasal
r.baca
sembang
pautan
ekstra
mustahak, harus baca
kenali orangnya
♥ Fasya
Tidak lain tidak bukan dia adalah fasyae'. Sering dikenali sebagai fasya.
berumur 14 tahun pada 2009 namun akan meningkat ke umur 15 pada 0000 09082010.
hrscpe:leo
berlajar di GYSS,
sebelumnya dari SPS
Panjat tembok kegiatan kegemaran!Amat minati kumpulan indie/ Hujan, Yuna dan Bunkface:)Hidup terus! Musik industri Melayu!
Ahad, 27 Februari 2011 4:05 PG
Marina seorang ketua kelas dan dia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga kelasnya, seperti besar kapal besarlah gelombang. Banyak perkara yang harus dia ambil tahu untuk memastikan kelasnya dalam keadaan yang teratur. Dia harus pastikan agar ada disiplin di dalam kelas. Ramai rakan-rakanya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang merendah diri seperti baik membawa resmi ayam betina. Kawan rapatnya, Siti memujinya kerana dia selalu melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati, ibarat berjalan perliharakan kaki, bercakap peliharakan lidah. Marina sering memberitahu rakan-rakanya untuk selalu bekerjasama tidak kira susah ataupun senang, seperti bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Marina akan menasihati rakan-rakannya yang telah melakukan kesalahan untuk mempelajari daripada kesilapan, ambil patinya, buangkan hampasnya.
MUHASABAH: Peribahasa ialah bahasa yang muncul sejak zaman nenek moyang kami tetapi ia masih kekal sehingga hari ini. Munkin apa yang diucapkan daripada nenek moyang kami tidak begitu difahami oleh generasi muda, tapi apa yang ingin ditengahkan amat bermakna sekali. Sesudah kami sekelas mempelajari peribahasa kami mengalami kesukaran untuk memahami perkataan yang digunakan. Namun, guru kami telah membantu kami dalam memahami peribahasa itu melalu diskripsi untuk menerangkan maksud peribahasa yang dikongsi. Guru kami juga menceritakan pengalamannya semasa zaman dahulu ketika dia duduk di rumah kampung dan mengaitkannya dengan peribahasa itu. Guru saya sungguh beruntung sekali kerana dia dapat mengalami semua itu pada masa mudanya. Saya berharap saya dapat mengalami semua itu agar saya dapat memahami peribahasa dengan lebih mudah. Mungkin buat masa sekarang, saya hanya mampu bertanyakan kepada guru untuk menolong kami dalam memahami peribahasa.
Ahad, 5 September 2010 7:59 PG
Sambutan Hari Raya tinggal beberapa hari lagi dan dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
Rabu, 28 Julai 2010 10:29 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEPULUH
M a r h a b a:)))
Muhasabah
Entri ke-10, yang terakhir! Yeh! Saya rasa amat bangga kerana blog saya sudah selesai. Di samping itu , saya dapat berkongsi ilmu dengan pembaca blog saya. Melalui ini juga saya pelajari banyak perkara tentang adat perkahwinan. Saya juga berasa gembira sekali kerana berpeluang ke negara Brunei Darussalam dan mengenali adat budaya di sana. Secara tidak langsung, saya telah mendapat rakan baru dan sehingga kini saya masih berhubungan dengan rakan-rakan Brunei saya. Sungguh seronok sekali berada di sana dan saya berharap suatu hari nanti kami dapat bertemu lagi.
Syukur alhamdulillah saya dapat selesaikan entri-entri ini dengan bantuan guru serta rakan-rakan saya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana memberi kami pelajar-pelajar peluang untuk berkongsi tentang budaya Melayu kepada khalayak ramai. Semoga blog-blog bahasa Melayu yang ada terus diperkembangkan agar dapat melestarikan budaya Melayu kita. Saya juga berharap blog saya dapat membantu mereka yang ingin mengenali lebih mendalam tentang budaya Melayu. Dengan ini, selesailah entri-entri buat pertandingan blogging ini. Namun, perjuangan saya sebagai anak Melayu tidak berhenti di sini. Saya ingin kembangkan entri-entri saya kepada aspek-aspek lain yang bersangkutan dengan bahasa dan budaya Melayu.
Dirgahayu Melayu!
fasya-fasyae'
Isnin, 26 Julai 2010 9:23 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEMBILAN M a r h a b a:)))
PENTINGNYA MELESTARIKAN BUDAYA
Adat perkahwinan orang Tutong mengandungi banyak upacara yang dilakukan sebelum pernikahan, seperti adat berbedak, basuh kaki dan pusingan naga yang masih diamalkan oleh kebanyakan orang Tutong. Manakala adat perkahwinan orang Melayu Singapura amat ringkas dan mengandungi beberapa upacara yang menjimatkan kos. Rata-rata masyarakat Melayu Singapura mengamalkan upacara-upacara yang wajib dan berlandaskan agama Islam. Maka itu, adat merisik tidak lagi dipraktikkan kerana tidak begitu relevan pada konteks zaman sekarang kerana biasanya ramai orang Melayu Singapura mengenali dan memilih pasangan mereka sendiri untuk dijadikan suami atau isteri.
Walaupun hanya tinggal adat-adat yang relevan seperti adat bertunang, bernikah dan bersanding masyarakat Melayu harus terus kekalkan adat-adat ini kerana adat-adat ini unik dan mencorakkan kebudayaan serta identiti kita sebagai Melayu Singapura. Dengan mengamalkan budaya kita, kita tidak akan lupa akan asal usul kita. Perlulah ada usaha daripada setiap ahli masyarakat Melayu untuk melestarikan budaya Melayu kerana kita tidak mahu dikenali sebagai Melayu dalam kad pengenalan sahaja.
Selain itu, dengan mengamalkan budaya Melayu seperti adat-adat tertentu hubungan sesama insan Melayu akan menjadi lebih akrab sekali> ini disebabkan sambutana atau amalan baudaya Melayu, kita dapat bergotong-royong dan mengenali saudara-mara kita dengan lebih baik lagi. Saya harap adat sebegini tetap dilestarikan oleh masyarakat Melayu kita kerana tanpa ini semua, maka tidak berserilah perayaan yang kita sering sambut.
fasya-fasyae'
Ahad, 25 Julai 2010 4:00 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELAPAN M a r h a b a:))) Sudah banyak yang telah saya ketengahkan tentang perkahwinan orang Tutong dan saya harap para pembaca blog saya telah raih banyak pengetahuan baru tentang adat perkahwinan orang Tutong. Seterusnya, dalam entri ini, saya ingin berkongsi tentang adat perkahwinan orang Melayu di Singapura. Selamat membaca!
PERTANDINGAN BLOGGING-ENTRI KETUJUH M a r h a b a:))) Dengan kecanggihan teknologi persahabatan saya dengan teman-teman baharu di Brunei masih tetap terjalin. Saya sempat bersembang dengan teman saya di Brunei dalam jaringan sosial Facebook. Melalui perbualan kami, saya dapat mencungkil informasi mengenai adat perkahwinan orang Tutong dengan lebih lanjut lagi. Baiklah, berikut ialah perbualan saya dengan teman Brunei saya. Mohon maaf bahasa yang kami gunakan agak kurang baik. Namun saya harap menerusi perbualan saya para pembaca blog saya juga boleh memperoleh pengetahuan yang lebih terperinci.
Zaman sekarang..If bab merisik,phak lelaki kena berbincang tntang brapa mahar(mas kawin),brg2 yg dminta oleh phak pengantin pompuan,bila majlis itu akan diadakan,adakah brg2 hantaran itu dihantar pada hari yg dtetapkn atau pada majlis pernikahan..
Btw pusing si naga tu bukan saja dpraktisekan oleh bngsa Tut0ng malah org melayu d brunei keseluruhannya..Tapi ketika ini pusing si naga itu tidak lah dmestikan terpulang individu kerana dtakuti melanggar syariat Islam
Manakala majlis basuh kaki memang msih diadakan oleh bangsa tutong dan juga dusun..Ianya bertujuan untuk phak laki2 saja yg berlangsung drumah pengantin p0mpuan..Kluarga lelaki akn membuat siraman dan menghulurkn saguhati brupa wang ataupun emas didalam dulang yg dsediakn oleh phak p0mpuan..And if kuarga p0mpuan ingin gak menyiram kedua-dua kaki mempelai & ingin memberikan hdiah seperti kuarga lelaki juga dialu-alukn
Zaman dulu ada la..Pantang larangnya,tak leh keluarga after majlis pernikahan tu,stay kat rumah phak pompuan je..Itu pun 3 hari ke 40 hari..Pada zaman ni,langsung takde pantang larang..C0z di0rang dah kwin so bebas lah,ahaha
woww....sampai 40 hari...nasib baik orang zaman sekarang tak perlu buat sebegitu... Oh yah boleh tanya, kenapa orang dulu, orang perempuan tidak boleh keluar rumah?
Untuk mengelakkan bad things fr0m happening..C0z dlu2 kn ada org pkai ilmu htam,ada yg culik pengantin,ada yg bwa lari pengantin..Sama je tu kn,ahaha..C0z ada dlu2 ada yg jeles sbab pinangan tak dtrima
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEENAM M a r h a b a:)))
sumber gambar|http://www.flickriver.com/photos/tags/azreena/interesting/
ADAT MAKAN SUAP Ini ialah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan di niatkan untuk menambahkan kemesraan diantara pengantin baru itu. Ia adalah kemestian untuk menyediakan nasi kuning, air, garam dan asam untuk adat makan bersuap. ADAT MULIH 3/7 HARI Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Ini menandakan tamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.
Ini adalah semua adat-adat yang dijalakan oleh orang Tutong,Brunei bagi majlis perkahwinan. Seterusnya, saya akan mengetengahkan satu temuduga bersama rakan Brunei saya mengenai adat perkahwinan orang Tutong. Nantikan ya!
fasya-fasyae'
Selasa, 20 Julai 2010 4:43 PG
PERTANDINGAN BLOGGING-ENTRI KELIMA M a r h a b a:)))
ADAT BASUH KAKI Basuh kaki atau Buri Pu'o dalam bahasa Tutong ialah adat resam puak Tutong yang mana kaki pengantin perempuan akan dituangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah.
Kedua-dua orang pengantin hendaklah membuka kasut kaki kanan masing-masing, dimulakan oleh pengantin perempuan yang meletakkan kakinya di atas batu pengasah dan diikuti dengan pengantin lelaki yang meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.
Di sini anda boleh lihat kaki pasangan pengantin.
Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas sebagai hadiah oleh orang yang telah dilantik. Pada masa silam, adalah menjadi kebiasaan para jemputan memberikan ternakan seperti kerbau dan pokok buah-buahan sebagai buah tangan pokok tersebut.
* Sejarah Adat Basuh Kaki
Pada zaman dahulu, tinggal seorang yang mulia bernama Bendari Badar. Dia tinggal di Kampong Panchor. Apabila anak perempuannya berkahwin, Bendari Badar telahpun membuat sebuah jambatan dari Panchor ke Panchor Papan. Tiga hari selepas hari perkahwinan anak perempuannya, anaknya pun turun mandi di Panchor. Suasana masa itu sungguh menyeramkann dan hujan turun dengan lebatnya dengan dentuman guruh menggegarkan bumi. Tiba-tiba, anak perempuan Bendari Badar hilang. Ramai orang kampung cuba mencarinya tetapi tidak berjaya. Mereka hanya menjumpai tapak kaki seekor harimau dan sebuah lubang yang dipercayai tempat tinggal harimau tersebut.
Seorang lelaki bernama Kadir dikerahkan untuk membunuh harimau tersebut dan dia telah pun bersetuju untuk membunuhnya jikalau diberi senjata. Dia pun memilih 'Keris Alok Tiga' untuk dijadikan senjatanya. Kadir pergi ke lubang tersebut membawa kerisnya bersama tujuh ekor anjing. Setibanya di lubang berkenaan, Kadir memberi makan anjing-anjing berkenaan dengan bertujuan anjing-anjing ini dapat membuat bising dan menarik perhatian harimau tersebut untuk keluar.
Apabila harimau itu keluar dari lubangnya, Kadir terus membunuhnya dan memeriksa lubang tersebut. Akhirnya menemui mayat anak perempuan Bendari Badar. Yang menghairankan, bulu harimau telahpun tumbuh pada badan mayat tersebut.
Disebabkan tragedi ini, pengantin perempuan dilarang meninggalkan rumah selama 40 hari selepas hari perkahwinan. Oleh itu, terciptalah Adat Berbasuh Kaki dengan bertujuan duit pemberian yang diterima daripada tetamu akan digunakan untuk menampung kehidupan mereka selama 40 hari itu. Pada zaman sekarang, kebanyakan orang tidak lagi mengamalkan amalan tersebut.
Sudah banyak saya berkongsi dengan anda semua maka setakat ini saja entri buat kali ini. Sampai kita bertemu lagi pada entri seterusnya!
sumber| http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html sumber | blogspot SMRIPAS
fasya-fasyae'
Isnin, 19 Julai 2010 7:32 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPAT M a r h a b a:)))
Gambar ini telah dipetik di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS),Tutong, salah sebuah sekolah yang telah kami kunjungi. Ini ialah satu persembahan yang telah diadakan di sekolah tersebut pada hari ketiga kami di Brunei. Amat menakjubkan kerana yang mempersembahkan upacara perkahwinan ini ialah pelajar-pelajar dari SM RIPAS. Lihatlah, bukan main lagi, kedua-dua orang pengantin di dalam gambar ini. Cocok sekali! Macam pinang dibelah dua!
Baiklah, setakat ini sahaja entri saya untuk kali ini. Pasti anda ingin lebih tahu tentang adat perkahwinan orang Tutong dengan lebih lanjut. Nantikan entri saya yang seterusnya:)
fasya-fasyae'
Ahad, 18 Julai 2010 2:57 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA
Seterusnya saya akan kongsi mengenai adat berinai atau lebih dikenali sebagai adat berinai.
CARA BERINAI/BERPACAR
Adat berinai/berpacar ialah tradisi yang mana pengantin akan memakai inai pada tangan dan kaki mereka. Upacara ini lazimnya berlangsung pada waktu tengah malam sebelum hari perkahwinan dan dilakukan secara berasingan di kediaman masing-masing.
MAJLIS MASUK ADAT BERINAI Untuk memulakan upacara tersebut, pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului penganggun. Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk di atas katil untuk sementara waktu sambil penganggun menunjukkan tapak tangannya dan berhajat.
Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin yang mana selanjutnya penganggun akan memegang tangan pengantin tersebut sambil membacakan doa. Kemudian, pengantin itu akan diarahkan untuk berdiri dan akan dibawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk di katil yang telah disediakan lapik. Selepas itu, ahli keluarga yang tua akan secara bergilir-gilir membubuhakan inai pada tangan pengantin.
Selepas adat berinai, perkahwinan ini akan diteruskan dengan adat akad nikah. Mereka akan memulakan dengan pemberian hantaran kepada kedua belah pihak pengantin.
ADAT PENGHANTARAN BERIAN & ADAT PENYERAHAN WALI Adat Penghantaran Berian ialah tradisi yang mana keluarga pengantin lelaki akan melantik rombongan untuk pergi ke tempat kediaman pengantin perempuan untuk menghantar berian berserta mas kahwin. Dalam adat Penyerahan Wali, bapa pengantin perempuan, diiringi dengan dua orang saksi akan pergi berjumpa kadi atau jurunikah bagi memberikannya kebenaran menjalankan akad nikah perkahwinan.
ISTIADAT AKAD NIKAH Akad Nikah ialah upacara agama Islam yang mana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah. Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok/ destar dan sinjang. Empat batang lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalaman dengan jurunikah.
fasya-fasyae'
Sabtu, 17 Julai 2010 2:06 PG
PERTANDINGAN BLOGGING- ENTRI KEDUA M a r h a b a:)))
Seperti yang telah saya katakan saya telah ke negeri Brunei Darussalam. Di sana kami telah melawat dua buah sekolah menengah untuk mengetahui tentang sistem pendidikan di Brunei di samping mempelajari adat budaya dan bahasa. Bersertakan informasi yang telah saya kumpulkan selama empat hari di sana, saya akan mengetengahkan tentang adat perkahwinan orang Tutong, Brunei.
ADAT BERBEDAK DAN BERINAI
Adat berbedak dan berinai ialah satu amalan yang mana pengantin perempuan atau pengantin lelaki akan disapukan bedak supaya mereka akan kelihatan lebih berseri. Untuk pengantin lelaki, persiapan berbedak memakan masa selama tiga malam manakala bagi pengantin perempuan pula, tiga atau tujuh malam. Acara ini berlangsung secara berasingan.
Selepas berbedak, akan diadakan satu upacara amal bermandi bagi kedua-dua orang pengantin dan ini dilalukan secara tertutup.Pengantin akan dimandikan dengan air 'langir' iaitu air bunga melor atau melati yang dicampurkan dengan air yang bercampur 'kalam biji'. Seterusnya, pengantin akan membersihkan diri dengan air dan diikuti dengan pengambilan air wudhu.
Selesai sahaja bermandi, pengangun iaitu seorang penjaga bagi pasangan pengantin, akan menyuruh pasangan pengantin untuk memamdamkan lilin yang bernyala yang berada di atas tangan pengangun itu dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga kali. Pasangan pengantin pula akan berpakaian putih dan seterusnya akan diliputi dengan bau kemenyan yang bertujuan untuk mengekalkan bau segar dan harum pengatin. MAJLIS MASUK BERBEDAK
Ini ialah upacara yang terbuka yang mana keluarga pengantin perempuan akan mengadakan acara ini di rumah kediamannya sehari lebih awal sebelum penganti lelaki. Pengantin lelaki akan melangsungkan acara ini pada waktu malam sebelum hari perkahwinan. Dalam upacara ini, pengatin akan memakai baju tradisi orang Brunei. Keluarga, sanak saudara dan jemputan akan seterusnya menyapu bedak di tapak tangan dan dahi pengantin.
Sila tontoni video ini yang saya dapati dari lelaman youtube mengenai satu majlis berbedak orang Brunei.
Ketika saya diberitahu saya adalah antara para pelajar yang dipilih untuk menyertai pertandingan blogging ini, rasa terperanjat serta ghairah bercampur aduk kerana saya tidak percaya bahawa saya terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Ghairah kerana saya dapat menunjukkan kemahiran saya dalam blogging. Saya suka blogging kerana melalui blog saya dapat berkongsi pengalaman dan meluahkan perasaan saya. Saya mempunyai blog peribadi dalam bahasa Inggeris. Namun, untuk pertandingan ini, saya menghasilkan blog bahasa Melayu dan akan berkongsi tentang budaya Melayu kerana tema pertandingan ini ialah budaya Melayu.
Sebelum saya mulakan perkongsian saya mengenai budaya orang Melayu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Fasya, daripada Sekolah Menengah Guangyang dan kini saya dalam tingkatan tiga. Saya aktif dalam sukan. Di sekolah, saya suka latihan jasmani dan saya juga ialah salahseorang ahli kelab Kegiatan Luar Darjah ataupun lebih dikenali sebagai "Outdoor Activity Club". OAC ialah aktiviti kokurikular saya selepas waktu sekolah dan aktiviti utama kelab kami ialah memanjat tembok. Baiklah, itulah sedikit maklumat tentang diri saya. Seterusnya, saya akan memulakan perkongsian saya mengenai budaya orang Melayu. Disebabkan budaya Melayu itu luas, saya akan memfokuskan entri-entri saya kepada Adat Perkahwinan Orang Melayu. Sebenarnya ada banyak perkara yang ingin saya kongsi tentang adat perkahwinan orang Melayu kerana saya telah berpeluang mengikuti Program Penyerapan ke Brunei bersama rakan-rakan dan guru-guru bahasa Melayu pada cuti sekolah bulan Jun lalu. Nantikanlah entri yang selanjutnya.